
Shafee Abdullah memberitahu Hakim Collin Lawrence Sequerah, dokumentari berjudul “Man on the Run” itu sangat menghina kepada Najib.
Ditulis dan diarahkan oleh Cassius Michael Kim, dokumentari itu berkisar peranan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low dalam 1MDB. Ia disiarkan di pawagam pada Oktober tahun lalu dan kini boleh ditonton melalui Netflix.
Shafee berkata, dokumentari itu mendakwa Low, “dibantu dan bersubahat” dengan ahli politik, “mencuri” sejumlah besar wang daripada 1MDB.
“Tommy Thomas juga membuat kesimpulan di luar dari mahkamah,” kata Shafee merujuk kepada ulasan bekas peguam negara yang dimuatkan dalam pembikinan filem tersebut.
Dokumentari itu juga mengandungi wawancara bersama bekas duta Amerika Syarikat ke Malaysia, John Mallett dan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown.
Shafee berkata, beliau akan membuat permohonan kepada kerajaan menuntut Netflix menghentikan tayangan filem itu.
Katanya, pihak pembelaan juga sedang mempertimbang tindakan terhadap Thomas dan Rewcastle Brown terhadap kenyataan mereka.
Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib, berkata beliau belum menonton dokumentari itu.
Katanya, beliau akan mendapatkan arahan lanjut berkaitan perkara dibangkitkan Shafee dan mencadangkan peguam itu menulis kepada kerajaan.