
Beliau berkata, perkara itu dimaklumkan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah semasa pertemuan sempena majlis menandatangani Memorandum Aturan Urusan Haji 1445H/2024 di Jeddah, Arab Saudi.
Kuota haji tahun lalu adalah seramai 31,600 jemaah.
“Dalam pertemuan tersebut antara perbincangan adalah kandungan memorandum berkaitan aturan pengurusan jemaah haji meliputi urusan penerbangan, penginapan serta penyediaan makan minum jemaah haji sepanjang urusan menunaikan ibadat haji di Tanah Suci,” kata Na’im dalam kenyataan.
Na’im berkata, turut dibincangkan berkaitan urusan di Masyair termasuk pengangkutan bagi jemaah haji dan petugas.
“Pada masa sama diperbincangkan juga persediaan pengurusan aspek kesihatan jemaah haji,” katanya.
Na’im kini berada di Jeddah, Arab Saudi, bagi menyertai Persidangan Haji dan Umrah 2024 dianjurkan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.