Disyaki larikan pelajar perempuan, 3 direman

Disyaki larikan pelajar perempuan, 3 direman

Pelajar Tingkatan 5 itu dilarikan seorang lelaki dan wanita warga tempatan menggunakan sebuah kereta.

Polis berkata suspek direman empat hari bermula Sabtu hingga Selasa bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan.
PETALING JAYA:
Tiga individu termasuk seorang wanita direman kerana disyaki melarikan seorang pelajar perempuan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Kepong, Jumaat lalu.

Ketua Polis Gombak, Noor Ariffin Mohamad Nasir, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada ibu mangsa berusia 42 tahun pada 10.36 pagi.

“Siasatan dijalankan mendapati wanita itu dimaklumkan oleh guru berhubung kejadian tersebut.

“Pelajar Tingkatan 5 itu dilarikan oleh seorang lelaki dan perempuan warga tempatan menggunakan sebuah kereta,” katanya dalam kenyataan menurut Sinar Harian.

Beliau berkata, polis turut merampas sebuah kereta jenis Toyota dan motosikal Yamaha Y15ZR.

“Semua suspek direman empat hari bermula Sabtu hingga Selasa bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil membantu siasatan atau menghubungi pegawai penyiasat jenayah, Yap Ching Chua di talian 019 9969649, bilik gerakan IPD Gombak 03 61262222,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.