4 anggota polis ditahan miliki air ketum

4 anggota polis ditahan miliki air ketum

Semua anggota polis itu ditahan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kuala Lumpur.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (Jips) Bukit Aman Azri Ahmad berkata semua anggota itu diserahkan kepada Jips IPK Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Empat anggota polis ditahan kerana disyaki memiliki air ketum dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Yew Lai di sini, Khamis lepas.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (Jips) Bukit Aman Azri Ahmad ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu, namun enggan mengulas lanjut.

Beliau berkata kes itu telah diserahkan kepada Jips IPK Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut.

Difahamkan, empat anggota terbabit yang berusia dalam lingkungan 25 hingga 50 tahun itu ditahan kira-kira kira-kira 2.15 pagi di rumah berkenaan.

Mereka yang merupakan staf pentadbiran di sebuah IPD di ibu negara disiasat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.