
“Keputusan belum dibuat. Memang ada kajian dilakukan, tapi ia masih di peringkat perbincangan lanjut kerana lesen B ini untuk motosikal berkuasa besar.
“Kementerian perlu melihat sejauh mana mereka yang mempunyai lesen Kelas B2 ini mampu membawa motosikal berkuasa besar. Jadi, itu juga menimbulkan kebimbangan pelbagai pihak,” katanya menurut Harian Metro selepas menyerahkan peruntukan Yayasan YTL kepada Sekolah Menengah Kebangsaan St Paul di Seremban.
Tahun lalu, Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi dilaporkan berkata, tiada masalah dengan cadangan itu kerana penunggang motosikal berlesen Kelas B2 memang memiliki pengalaman menunggang kenderaan berkenaan.
Tetapi, pelbagai pihak khasnya badan bukan kerajaan (NGO) menggesa cadangan itu diteliti sedalam-dalamnya kerana ia boleh menimbulkan implikasi kepada sistem keselamatan jalan raya.