Akaun palsu di FB, Dzulkefly lapor SKMM

Akaun palsu di FB, Dzulkefly lapor SKMM

Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad berkata akaun palsu itu direka pihak tidak bertanggungjawab dengan tujuan meragukan.

Akaun rasmi Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad di Facebook menyedarkan orang ramai tentang kewujudan akaun palsu menggunakan identitinya.
PETALING JAYA:
Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad membuat aduan rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berikutan kewujudan satu akaun palsu menggunakan identitinya di Facebook.

Pengurus akaun Dzulkefly di Facebook turut memuat naik gambar menunjukkan akaun terbabit menggunakan gambarnya bersama bekas menteri Maszlee Malik, serta mesej yang dihantar kepada kumpulan pengguna Facebook lain.

Dipercayai akaun palsu itu boleh mengelirukan orang ramai, dan direka pihak tidak bertanggungjawab dengan tujuan meragukan.

“Sila abaikan sebarang ‘engagement’ daripada penama akaun berkenaan serta-merta bagi mengelakkan sebarang kebocoran dan penyalahgunaan maklumat,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.