
Ketua Polis Seremban Arifai Tarawe berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 12.49 tengah hari.
Beliau berkata, mangsa lelaki, seorang warga asing berusia 34 tahun, mengajar di sebuah sekolah antarabangsa di Port Dickson manakala isterinya, warga tempatan berusia 31 tahun seorang doktor gigi di Linggi.
“Siasatan di tempat kejadian dan pemeriksaan tubuh badan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dikesan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.
Mayat pasangan itu kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar untuk bedah siasat.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat Adi Khusaini Saripudin di talian 012-770 7282 atau IPD Seremban di 06- 6033 222.