PdPR di 2 sekolah Pekan akibat banjir

PdPR di 2 sekolah Pekan akibat banjir

Dua sekolah itu ialah SMK Paloh Hinai dan SK Temai.

Keadaan di SK Temai yang masih dinaiki air akibat banjir sejak beberapa hari lalu. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Dua sekolah di Pekan, Pahang yang masih dinaiki air sejak beberapa hari lalu akan meneruskan sesi persekolahan menerusi kaedah pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) esok.

Pegawai Pejabat Pendidikan Pekan, Mohd Razali Mustafar berkata, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paloh Hinai mempunyai 365 pelajar daripada Tingkatan Satu hingga Tiga, manakala Sekolah Kebangsaan (SK) Temai seramai 128 murid.

“Keputusan itu dibuat atas faktor keselamatan murid. Malah, saya meminta murid-murid belajar di rumah melalui PdPR kerana tidak mahu mereka ketinggalan dalam pelajaran,” katanya menurut Sinar Harian.

Beliau berkata, paras air di SK Temai setinggi 0.8m dan pihaknya masih memantau keadaan memandangkan ia terletak di kawasan rendah dekat Sungai Pahang.

Katanya, sesi pembelajaran seperti biasa akan dilaksanakan semula selepas air surut.

“Kalau ikutkan trend, air menurun perlahan dan kini kita anggarkan kedalaman 0.8m berbanding semalam sekitar 1m.

“Jika keadaan cuaca tidak hujan, proses surut dijangka berterusan dan kemungkinan Sabtu ini kerja pembersihan dapat dijalankan.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.