
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu Rozizah Abni Hajar berkata, mayat Muhammad Harraz Ilman Mohd Syahril Redhuan, 11, ditemukan oleh pasukan penyelamat bomba pada kedalaman kira-kira 1.5m, sekitar 30m dari tempat kejadian.
“Mayat ditemukan dalam keadaan tertiarap di dasar sungai. Kita hadapi kesukaran untuk menemukan mayat itu disebabkan faktor cuaca dan keadaan dasar sungai yang penuh dengan pokok-pokok liar,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Pada kejadian 4.46 petang semalam, Muhammad Harraz Ilman dilaporkan hilang selepas tergelincir ketika bermain air bersama adik lelakinya, Muhammad Firas Wafiy, 9, dan seorang lagi rakannya di Sungai Tok Hakim.
Seramai 72 anggota daripada pelbagai agensi termasuk unit K9 bomba terlibat dalam operasi pencariannya yang bermula 5 petang semalam.