
Liana Friska Ramle berkata selain beliau kira-kira 300 lagi pelaburan turut menjadi mangsa membabitkan kerugian kira-kira RM2.18 juta, lapor Bernama.
Katanya, mereka membuat pelaburan dengan menyerahkan wang tunai kepada suspek iaitu seorang wanita mendakwa wakil sebuah syarikat pelaburan emas.
Katanya, suspek menjanjikan pulangan lumayan iaitu sebanyak 5% hingga 15% dalam tempoh sepuluh hari atau RM25 bagi setiap satu gram emas dilaburkan, manakala modal akan dipulangkan secara berperingkat mengikut perjanjian.
“Saya menyertai perjanjian bagi pelaburan emas dengan seorang wanita (suspek). Secara ringkas perjanjian ini merangkumi persetujuan rakan niaga pertama (suspek) untuk memulangkan modal kepada saya dalam tempoh tiga bulan dan fasa bulan serta peringkat pemulangan modal yang dipersetujui.
“Pelabur terima keuntungan pada Mei, Jun dan Julai tetapi tiada (keuntungan diterima) bermula Ogos. Kemudian, pemulangan modal yang sepatutnya dilakukan pada Oktober, November dan Disember juga tidak diterima,” katanya.
Susulan itu, satu laporan polis dibuat pada 14 Dis lepas bagi membolehkan siasatan dilakukan terhadap suspek dan memastikan orang lain tidak menjadi mangsa penipuan seterusnya.
Sementara itu, Ketua Polis Tawau Jasmin Hussin ketika dihubungi Bernama mengesahkan menerima laporan dibuat mangsa penipuan itu dan kertas siasatan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.