Pencuri tabung masjid bukan bekas pemimpin Pemuda PAS, kata ketua sayap

Pencuri tabung masjid bukan bekas pemimpin Pemuda PAS, kata ketua sayap

Afnan Hamimi Taib Azamudden menafikan dakwaan lelaki yang ditahan mencuri wang dari tabung masjid di Kelantan ada kaitan dengan parti itu.

Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata hasil semakannya dengan ahli parti setempat mendapati pencuri itu tiada kaitan dengan PAS.
PETALING JAYA:
Pemuda PAS menafikan dakwaan di media sosial bahawa seorang lelaki mencuri dari sebuah masjid di Tumpat, Kelantan semalam ialah bekas pemimpin sayap itu.

Ketua Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata hasil semakannya dengan Ketua Pemuda PAS Kelantan, Kamal Mohamed mendapati pencuri terbabit tidak pernah dilantik sebagai ketua Pemuda.

“Ini tiada kaitan dengan PAS. Jika dia bersalah, dia patut dihukum,” katanya kepada FMT.

Afnan membalas dakwaan pempengaruh pro-kerajaan @lady_bugg11 di aplikasi X bahawa pencuri itu ialah bekas ketua Pemuda PAS.

Afnan berkata parti itu sedang mendapatkan nasihat peguam berhubung kemungkinan mengambil tindakan terhadap pempengaruh itu atas dakwaan terbabit.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.