Kanak-kanak 2 tahun ditemukan lemas

Kanak-kanak 2 tahun ditemukan lemas

Mayat kanak-kanak itu ditemui pagi tadi, 12 jam selepas dilaporkan hilang.

Mayat kanak-kanak terjatuh di muara sungai ditemui pagi tadi di Kampung Kurnia Jaya, Tawau pagi tadi. (Gambar JBPM)
TAWAU:
Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang dilaporkan jatuh di muara sungai di belakang rumah di Kampung Kurnia Jaya di sini petang semalam, ditemukan lemas pada 6.45 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau Jemishin Ujin berkata mayat Adwa Iman Muhammad Iswan itu ditemukan orang awam kira-kira 200 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak polis di lokasi dan kes diserahkan kepada pasukan polis untuk tindakan lanjut, operasi ditamatkan pada 7.40 pagi,” katanya hari ini.

Semalam, dilaporkan seorang kanak-kanak lelaki tergelincir ke dalam muara sungai itu selepas bermain di belakang rumahnya kira-kira 5.30 petang.

Kanak-kanak itu yang memakai baju berwarna putih terjatuh ke dalam muara berkenaan kemudian dibawa arus sungai.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.