
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan amaran hujan sangat lebat berterusan di Kelantan melibatkan kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh, dan Kuala Krai.
Di Terengganu pula membabitkan kawasan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, dan Dungun.
Amaran hujan berterusan tahap buruk turut dikeluarkan di seluruh Perlis serta beberapa kawasan di Kedah iaitu Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik, dan Baling; Perak (Hulu Perak); Kelantan (Gua Musang); Terengganu (Kemaman); dan Pahang (Jerantut dan Kuantan), yang dijangka berlaku hingga esok.
MetMalaysia juga mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang diramal berlaku hingga esok melibatkan kawasan Yan, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah; seluruh Pulau Pinang; Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama serta Kuala Kangsar); dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron dan Lipis).