Sarawak terima 1,108 guru baharu

Sarawak terima 1,108 guru baharu

Seramai 422 guru ditempatkan di sekolah rendah, manakala 686 guru di sekolah menengah.

Semua guru berkenaan terdiri daripada siswazah keluaran universiti awam dan swasta.
PUTRAJAYA:
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) menerima 1,108 guru baharu terdiri daripada siswazah keluaran universiti awam dan swasta.

JPNS dalam kenyataan, memaklumkan daripada jumlah itu, sebanyak 422 guru ditempatkan di sekolah rendah, manakala 686 guru di sekolah menengah berkuat kuasa Khamis depan.

“JPNS mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan atas keprihatinan Kementerian Pendidikan (KPM) yang menempatkan guru baharu berkenaan.

“Selain itu, sekalung penghargaan kepada KPM, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Sarawak (MEITD) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Cawangan Sarawak (SPP) atas sokongan dalam membantu mengatasi masalah kekurangan guru di Sarawak,” menurut jabatan itu.

Kenyataan itu memberitahu JPNS akan bekerjasama erat dengan KPM, SPP dan semua pihak berkepentingan pendidikan dari semasa ke semasa bagi memastikan isu kekurangan guru di Sarawak dapat diatasi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.