
“Keutamaan kita pada 2024 tentunya, ekonomi, ekonomi, ekonomi,” katanya pada sesi libat urus bersama media.
Anwar berkata, Putrajaya akan memberi penekanan kepada beberapa perubahan dan reform, bukan sahaja terhadap peralihan tenaga dan transformasi digital, malah usaha pemerkasaan bahasa Melayu dan memperkasa bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan.
Beliau berkata semua ini termasuk peningkatan kemahiran rakyat melalui program seperti pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET), memainkan peranan penting dalam memacu pertumbuhan ekonomi.
“Keutamaan adalah untuk mengukuhkan ekonomi, sama ada dengan pelaburan domestik (atau) asing. Ini pula berkaitan dengan tadbir urus (baik) dan kemudahan menjalankan perniagaan, kepantasan memberikan kelulusan, dan mengurangkan kerenah birokrasi,” tambahnya.
“Jadi, keutamaan kita bukan sahaja untuk mengurus negara ini, tetapi juga untuk memperbetul, menambah baik dan mempertingkatkannya. Walaupun kami telah mengkritik inisiatif terdahulu, masih ada asas yang baik dan kami tidak merosot sehingga kemusnahan sepenuhnya. Kami hanya cuba memperbaiki kelemahan itu, itu perlu jelas.”