
Zuhan Zain berkata Pakatan Harapan (PH) perlu berada bersama dalam kepimpinan kerajaan negeri, walaupun Barisan Nasional (BN) mendominasi Dewan Undangan Negeri dengan 40 kerusi.
Pakatan Harapan menduduki 12 kerusi DUN, yang mana 10 wakil rakyat DAP manakala PKR dan Amanah masing-masing satu kerusi.
“Amanah Johor menuntut untuk menghantar satu signal supaya diwujudkan segera kerajaan perpaduan di Johor,” katanya ketika membahaskan ucapan presiden sempena Konvensyen Nasional Amanah 2023.
Sementara itu, Zuhan berkata DUN Puteri Wangsa yang Amanah serah kepada Muda pada PRN Johor 2022 “mesti” dikembalikan kepada partinya pada pilihan raya akan datang.
“Kerusi Puteri Wangsa mesti dikembalikan kepada Amanah dan mesti kekal sebagai ‘status quo’,” katanya.
Sebelum ini, ketua Wanita PKR Johor ketika itu, Napsiah Khamis dilapor tidak berpuas hati kerusi itu diberi kepada Amanah, dan kecewa apabila parti serah ia kepada Muda.
Amanah ketika itu menganggap Muda sebagai ‘rakan strategik’.