Amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu hingga Isnin

Amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu hingga Isnin

MetMalaysia berkata amaran sama turut dikeluarkan di Perlis, Kedah dan Perak bermula Ahad hingga Isnin.

MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan di seluruh Terengganu dan beberapa kawasan di Kelantan bermula esok. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan di seluruh Terengganu dan beberapa kawasan di Kelantan bermula esok hingga Isnin.

Menurut kenyataannya, di Kelantan, amaran hujan berterusan tahap buruk itu dijangka berlaku di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Selain itu, amaran hujan berterusan tahap waspada turut dikeluarkan yang diramalkan berlaku di Jeli dan Gua Musang, Kelantan dan Pahang melibatkan Jerantut, Kuantan, Pekan dan Rompin hingga Isnin depan, manakala Mersing dan Kota Tinggi di Johor dijangka berlaku hingga esok.

Amaran sama turut dikeluarkan pada Ahad hingga Isnin melibatkan keseluruhan Perlis, Kedah iaitu di Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling dan Perak di Hulu Perak dan Kuala Kangsar.

Sementara itu, amaran hujan lebat peringkat kuning bagi Johor iaitu di Kluang, Kulai dan Johor Bharu ditamatkan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.