Maqis rampas lebih 1.7 tan daging lembu Australia

Maqis rampas lebih 1.7 tan daging lembu Australia

Rampasan itu susulan berkait sijil halal mengelirukan walaupun dibawa masuk syarikat tempatan mempunyai permit import sah.

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) merampas 1,780kg daging lembu dari Australia. (Gambar Maqis)
SEPANG:
Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) merampas 1,780kg daging lembu dari Australia bernilai kira-kira RM250,000 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Kargo kerana maklumat sijil halal mengelirukan.

Pengarah Maqis Selangor Mohd Sobri Md Hashim berkata daging ‘Chilled Beef Boneless’ dan ‘Bone In’ itu dirampas pada Jumaat selepas dibawa masuk syarikat tempatan yang mempunyai permit import sah Maqis.

“Pemeriksaan terhadap daging berkenaan mendapati tarikh penyembelihan dinyatakan dalam sijil halal tidak sama dengan tarikh penyembelihan yang tertera pada kotak dan pembungkus daging,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] kerana mengisytiharkan maklumat mengelirukan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.