Ibu remaja lari dari asrama tak tahan dibuli buat laporan polis

Ibu remaja lari dari asrama tak tahan dibuli buat laporan polis

Wanita itu berkata laporan polis dibuat di Pondok Polis Hospital Canselor Tuanku Muhriz lokasi anaknya dirawat.

Remaja 14 tahun itu ditemui orang awam di pondok menunggu bas di depan Masjid Saidina Othman, Bandar Tun Razak dalam keadaan sangat lemah selepas dilaporkan hilang dari asrama sebuah sekolah berasrama penuh di Cheras. (Gambar Facebook)
KUALA LUMPUR:
Ibu kepada pelajar lelaki sebuah sekolah berasrama penuh di Cheras yang melarikan diri kerana dikatakan tidak tahan dibuli, membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Wanita itu berkata laporan polis dibuat di Pondok Polis Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) pada pukul 11.16 pagi.

“Saya buat laporan polis secara berseorangan kerana anak saya masih menerima rawatan di HCTM. Anak saya semakin pulih, dan sudah bersedia untuk beri keterangan kepada pihak polis sekiranya diperlukan,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras Zam Halim Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan telah menerima laporan polis berkenaan.

Pada 8 Dis lalu seorang pelajar sekolah berumur 14 tahun di Cheras ditemukan dalam keadaan lemah oleh ibu bapanya dan guru sekolah di Masjid Saidina Othman, Bandar Tun Razak, beberapa jam selepas dilaporkan hilang dari asrama.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.