Paip di dasar sungai pecah, sebahagian pengguna P Pinang terjejas

Paip di dasar sungai pecah, sebahagian pengguna P Pinang terjejas

Kawasan terjejas termasuk Ampang Jajar, Butterworth, Sungai Dua, seluruh daerah barat daya pulau dan sebahagian daerah timur laut.

PBAPP dalam proses menentukan jumlah pengguna yang terjejas dengan paip pecah itu.
GEORGE TOWN:
Sebatang paip air bersaiz 1,350mm pecah di dasar Sungai Perai, menurut Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP).

Pengendali air negeri itu berkata, ia sedang mengenal pasti punca kerosakan.

Katanya, ia menjejaskan bekalan air ke beberapa kawasan di Seberang Perai Utara, seperti Ampang Jajar, Butterworth dan Sungai Dua, seluruh daerah barat daya Pulau Pinang dan sebahagian daerah timur lautnya.

“Kerjasama pengguna dan penggunaan air secara minimum amatlah dihargai. PBAPP akan mengemas kini status ini dari semasa ke semasa. Segala kesulitan amat dikesali.”

Jabatan Komunikasi Korporat PBAPP ketika dihubungi FMT berkata, ia dalam proses menentukan jumlah akaun yang akan terjejas dengan paip pecah itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.