
Beliau mengingatkan, mana-mana parti sekalipun tidak boleh bergantung kepada kedudukan dalam kerajaan untuk menguatkan kedudukan masing-masing.
“Dalam hal ini, saya mengingatkan ahli Amanah dan rakan-rakan lain supaya memberikan perhatian serius kepada usaha menguatkan parti.
“…. kerana (kita) jadi kerajaan, jadi menteri, jadi timbalan (menteri), duduk dalam GLC (syarikat berkaitan kerajaan), maka kita kurang ambil tahu mengenai parti dan ini amat tidak baik untuk parti,” katanya selepas merasmikan Konvensyen Amanah Negeri Sembilan, menurut Berita Harian.
Mohamad turut memberi contoh apa yang berlaku kepada Umno dan Barisan Nasional (BN), beliau berkata ia perlu dijadikan rujukan kerana parti yang kuat sekalipun boleh kalah pada PRU 2018 dan 2022.
Dalam pada itu, Mohamad berkata, Amanah akan terus mencari kaedah terbaik dalam usaha memulihkan semangat dan memaju serta memperkukuhkan parti, demi kelangsungannya.
Beliau berkata Amanah sedar kelebihan berada dalam kerajaan belum tentu menjadikan parti itu kuat.
“Parti mesti ada identiti tersendiri untuk bergerak maju.
“Kami (PH) juga hebat tetapi kalah di (PRK) Cameron Highland, kalah di Semenyih dan Tanjung Piai… itu semasa memerintah.
“Bagi Amanah, kita akan terus berusaha memulihkan semangat bagi memaju dan memperkukuhkan parti,” katanya.