
Premier Sarawak Abang Johari Openg berkata syarikat penerbangan berkenaan merupakan suatu bentuk pelaburan oleh kerajaan Dubai yang membuka peluang aktiviti ekonomi secara menyeluruh.
“Kita boleh lihat hari ini Dubai menjadi pusat dan titik perhubungan di Timur Tengah. Sejak 30 tahun yang lalu Dubai hanyalah sebuah padang pasir tanpa apa-apa tetapi kini ia berkembang,” katanya dalam ucapan semasa upacara pembukaan hotel Mercure.
Pada 23 Nov, Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak Jerip Susil berkata kerajaan Sarawak kini sedang menjalankan proses penilaian wajar terhadap MASWings Sdn Bhd sebagai persediaan untuk pengambilalihan.
Perbincangan juga sedang berlangsung dengan Kumpulan Penerbangan Malaysia dan Khazanah Nasional Berhad untuk pemerolehan saham dalam MASWings.
Abang Johari berkata apabila kerajaan negeri buat julung kali mengumumkan hasrat untuk mengambil alih MASWings, sesetengah pihak berasa ragu-ragu mengenai perkara itu.
“Ada pihak ragu-ragu sama ada kita boleh menguruskannya atau tidak… tetapi saya katakan kepada anda bahawa ini suatu pelaburan dan kita tidak perlu tanya apa pulangan yang akan diperoleh kelak.
“Untuk mengukur kejayaan pengambilalihan itu, ia sepatutnya berdasarkan kepada KDNK negeri kerana apabila orang datang, mereka akan membelanjakan wang dan seterusnya ekonomi akan berkembang, dan di situlah sepatutnya pengukuran kejayaan kita,” tambah beliau.