
Ketua Polis Miri, Alexson Naga Chabu, berkata mangsa berusia 20-an memberikan butiran akaun bank dan kata nama termasuk kata laluan perbankan internet menerusi pautan diberikan pihak tidak dikenali yang menghubunginya, kelmarin.
Katanya, mangsa terpedaya selepas dimaklumkan menang satu peraduan dengan dia juga memberikan kod pengesahan transaksi (TAC) dan kata laluan sekali (OTP) kepada suspek.
“Mangsa hanya menyedari diperdaya selepas membuat semakan baki akaun bank miliknya dan mengalami kerugian sebanyak RM15,800,” katanya menurut Kosmo.
Alexson berkata, mangsa yang juga pekerja swasta kemudian membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.
Polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.