
“Saya hormat (keputusan) PM (perdana menteri). Saya sudah melakukan yang terbaik.
“(Saya) ingin mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan Kementerian Sumber Manusia atas kerjasama yang sangat baik dengan saya,” katanya kepada New Straits Times.
Ahli Parlimen Batu Gajah itu merupakan satu-satunya menteri digugurkan Anwar.
Mengambil alih portfolionya, ialah bekas timbalan menteri kewangan II, Steven Sim.
Tempoh pentadbiran Sivakumar tercalar selepas disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkait pengambilan pekerja asing, yang membawa kepada penahanan tiga pembantunya, yang selepas itu dibebaskan.
Sivakumar kemudian memecat semua pembantunya itu selepas siasatan.
Ketika dilaporkan memberi keterangan kepada pihak berkuasa, Sivakumar bukan sebagai saksi mahupun suspek.