
Ketua Polis Manjung, Mohamed Nordin Abdullah, berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam yang membuat panggilan pada 12.18 tengah hari.
Katanya, anggota dari Balai Polis Pulau Pangkor bersama anggota Polis Marin Kampung Acheh dengan dibantu oleh anggota bomba Pulau Pangkor ke tempat kejadian pada 12.50 tengah hari.
“Hasil pemeriksaan ke atas tubuh mangsa yang memakai seluar denim berwarna biru serta berbaju merah, pihak polis tidak menjumpai sebarang pengenalan diri dan jantina mayat itu masih belum dikenal pasti.
“Polis percaya, tempoh mayat berkenaan berada dalam laut sudah melebihi dua minggu berdasarkan keadaannya yang reput dan pakaian berlumut,” katanya dalam kenyataan malam tadi, menurut Berita Harian.
Beliau berkata, mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian.
Katanya, buat masa ini kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
“Orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi balai polis berdekatan atau menghubungi Bilik Gerakan IPD Manjung di talian 05-6886222,” katanya.