Parti Rakyat India Malaysia mohon sertai PN

Parti Rakyat India Malaysia mohon sertai PN

Presidennya P Punithan berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat jawatankuasa pusatnya hari ini.

Presiden Parti Rakyat India Malaysia P Punithan bersama ahli jawatankuasa pusat parti selepas mesyuarat di Bandar Sunway hari ini.
PETALING JAYA:
Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) akan memohon menyertai Perikatan Nasional (PN) yang ketika ini tidak mempunyai parti mewakili kaum India, sebaliknya hanya bergantung kepada Bersekutu Bersatu dan Gerakan.

Presidennya P Punithan berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat jawatankuasa pusatnya hari ini selaras mandat diberi pada Mesyuarat Agung Khas, 26 Nov lalu.

“Kami akan memohon menyertai PN,” katanya pada sidang media.

Parti Rakyat India Malaysia yang didaftarkan dengan Jabatan Pertubuhan Pendaftaran Malaysia (JPPM) 2019 kini diketuai Punithan. Beliau sebelum ini adalah bekas ketua Pemuda MIC Selangor.

Punithan berkata mesyuarat hari ini juga bersetuju meminda perlembagaan bagi memantapkan parti supaya seiring dengan keadaan masa kini.

“Sebuah jawatankuasa penasihat parti juga akan dibentuk dianggotai pemimpinnya, aktivis dan bekas pemimpin mempunyai latar belakang politik, korporat serta masyarakat,” katanya.

Beliau berkata parti itu juga akan bersikap terbuka dan bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan dalam masyarakat India bagi membela nasib kaum berkenaan.

“Satu kerangka agenda pembangunan ekonomi masyarakat India baharu akan dibentuk dan diterajui parti selaras keperluan dan kehendak masa kini.

“Agenda ini akan mengambil kira cadangan daripada pihak berkepentingan, orang muda, korporat, usahawan, NGO dan jawatankuasa penasihat parti,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.