Amaran 4 hari hujan berterusan di 4 negeri mulai Ahad

Amaran 4 hari hujan berterusan di 4 negeri mulai Ahad

Amaran itu dikeluarkan bagi Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor, khasnya pada sebelah pagi.

Jabatan Meteorologi memaklumkan ribut petir beserta hujan lebat dan angin kencang turut berpotensi berlaku di negeri lain pada sebelah petang hingga malam.
KUALA LUMPUR:
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan selama empat hari bermula Ahad ini di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor, terutamanya pada sebelah pagi ekoran penumpuan angin yang dijangka berlaku di timur Semenanjung.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan keadaan ribut petir beserta hujan lebat dan angin kencang turut berpotensi berlaku di negeri lain pada sebelah petang hingga malam.

Orang awam dinasihatkan sentiasa merujuk www.met.gov.my dan media sosial rasmi METMalaysia serta memuat turun aplikasi Mycuaca bagi mendapat maklumat terkini dan sahih.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.