
Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan berkata pasukan itu terdiri daripada pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah IPK Selangor.
“Ibu dan bapa mangsa akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam masa terdekat bagi membantu siasatan,” katanya menurut Bernama.
Terdahulu, polis mengklasifikasikan kematian Zayn Rayyan sebagai kes bunuh selepas hasil bedah siasat mendapati terdapat kecederaan di leher dan badan mangsa berusia enam tahun itu.
Zayn Rayyan disedari hilang sejak 12.30 tengah hari Selasa lalu, sebelum ibunya membuat laporan polis dan hebahan di media sosial.
Mayatnya ditemui kumpulan penduduk yang menyertai operasi mencari di kawasan sungai yang jaraknya kira-kira 200m dari rumahnya pada 10 malam Rabu.
Sementara itu, jenazah Zayn Rayyan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara kira-kira 7 malam tadi.
Harian Metro melaporkan hampir 200 ahli keluarga dan sahabat handai mengiringi jenazah ke tanah perkuburan selepas selesai disolatkan di Masjid Al-Muhtadin, Damansara Damai pada 6.30 petang.
Turut hadir Ketua Polis Petaling Jaya, Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid.