
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat, Ishak Jabas, berkata berdasarkan maklumat awal, dua kanak-kanak lelaki terbabit dikenali sebagai Wan Hermi, 11, dan Mohd Syahwan, 7, manakala seorang kanak-kanak perempuan dikenal pasti Nurul Isah, 11.
“Ketika kejadian, tiga kanak-kanak terbabit dipercayai mandi di dalam kolam yang digali untuk tujuan pembinaan. Kita menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 5.36 petang.
“Sepasukan anggota dan pegawai bersama jentera serta EMRS (Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan) digerakkan ke lokasi kejadian. Sebaik tiba, tiga mangsa telah dibawa keluar dari kolam oleh orang awam,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, semua mangsa yang dalam keadaan tidak sedarkan diri, diberikan bantuan pernafasan (CPR) oleh pegawai perubatan dan EMRS, sebelum dibawa ke Hospital Kudat.
“Maklumat yang diperoleh daripada pihak perubatan hospital itu mengesahkan ketiga-tiga mangsa meninggal dunia.”