
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Mancha Ata, berkata berdasarkan laporan diterima, wanita berusia awal 30-an dari Saratok itu menerima panggilan daripada “SKMM” menyatakan nombor telefonnya digunakan untuk membuat iklan palsu di Seremban.
“Panggilan itu kemudian disambungkan kepada beberapa individu sebelum mangsa diarahkan membuat pemindahan wang ke akaun bank diberikan kononnya bagi siasatan Bank Negara.
“Mangsa yang panik membuat 19 pemindahan wang kira-kira RM125,000 ke tujuh akaun bank suspek dari pertengahan Oktober hingga pertengahan November lepas,” katanya menurut Bernama.
Beliau berkata, suspek sekali lagi mengarahkan mangsa mengeluarkan RM29,000 pada Selasa lalu dan membaling wang itu ke kawasan semak.
Katanya, wanita itu menuruti arahan suspek, tetapi semasa berpatah balik, dia mendapati wang itu sudah tiada dan baru tersedar dirinya ditipu.