
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Larkin, Suhaimi Abdul Jamal, berkata 20 anggota dengan kekuatan dua bot JBPM dan sebuah bot awam digerakkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada 3.30 petang.
“Turut diselamatkan dua warga emas, termasuk seorang orang kurang upaya (OKU). Mereka dihantar ke kawasan perumahan lebih tinggi,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, anggota JBPM masih berada di lokasi bagi tujuan pemantauan.
JBPM dalam kenyataan berasingan berkata, lapan mangsa termasuk tiga warga emas dan tiga kanak-kanak terperangkap di sebuah rumah di Kampung Parit Abas, Benut, Pontian dekat sini.
Katanya, semua mangsa dihantar ke kawasan lebih tinggi dan mereka kemudian menumpang di kediaman saudara terdekat.
Setakat ni, tiada pusat pemindahan sementara dibuka.
Terdahulu, 25 lokasi di Johor Bahru dilanda banjir kilat susulan hujan lebat berterusan selama dua jam sejak 12 tengah hari tadi.