
Bekas naib presiden MCA itu bertegas negara tidak akan maju sekiranya kongres ekonomi bertumpu pada golongan elit yang “seringkali menyalahgunakan kuasa, pengaruh, dan kedudukan” untuk mengayakan diri.
Ti menjelaskan beliau bukan hendak menidakkan hak orang Melayu tetapi sudah tiba masanya kongres Bumiputera tidak ditunggang demi meraih keuntungan politik, atau dijadikan platform untuk mengambil kesempatan oleh pihak oportunis.
Beliau berharap kerajaan menganjurkan kongres yang benar-benar “menguntungkan rakyat dan negara dengan rangka jangka masa panjang dan berupaya membawa kemajuan yang kekal kepada keseluruhan rakyat dan Melayu.”
Ti juga berharap kerajaan menganjurkan kongres yang “berupaya membawa kemajuan yang kekal kepada keseluruhan rakyat dan Melayu dan bukannya keuntungan sementara kepada beberapa lapisan atasan masyarakat Melayu dengan memperkudakan agenda Melayu.”
“Maka sudah tiba masanya kita selamatkan negara dan bangsa Malaysia dan tidak meneruskan dengan perampasan kekayaan negara atas nama agenda Melayu,” katanya dalam ucapan di Dewan Negara, ketika membahaskan Belanjawan 2024.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada 11 Sept lepas mengumumkan suatu Kongers Ekonomi Bumiputera akan diadakan pada Januari tahun depan, bagi menetapkan hala tuju dan pendekatan baharu agenda Bumiputera.
Anwar berkata sebelum ini kayu ukur penyertaan dalam ekonomi berdasarkan pemilikan ekuiti semata-mata.