
Bomba dalam kenyataan berkata pasukannya digerakkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kebakaran pada 7.57 malam tadi.
“Pasukan daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Aman Jaya, BBP Sungai Petani, BBP Yan, dan BBP Kulim Hi-Tech digerakkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan,” katanya.
Menurut Ketua BBP Aman Jaya, Azhari Abdullah, kebakaran melibatkan sebuah kilang kayu.
“Terdapat juga berlaku letupan berbentuk bunga api di kawasan itu.
“Operasi pemadaman sedang giat dijalankan oleh pasukan bomba yang juga dibantu oleh pasukan bomba sukarela berhampiran,” katanya dalan kenyataan sama.
Menurut Azhari setakat ini tiada mangsa dilaporkan terlibat.
Dalam pada itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Wan Mohd Hamizi bin Wan Mohd Zin, dalam kenyataan berasingan memaklumkan tiga buah gudang penyimpanan barang terpakai – terdiri daripada logam tembaga, wayar, dan bateri – terbakar dalam kejadian sama.
Kebakaran dapat dikawal pada 10.02 malam tadi dan kerja-kerja pemadaman masih giat dijalankan oleh pasukan bomba dan pasukan bomba sukarela.
“Pasukan khas unit HAZMAT daripada BBP Kulim Hi-Tech diarahkan ke lokasi kebakaran,” katanya.