
Sebaliknya, kerajaan percaya ekonomi negara tidak akan dapat menanggung kos berkaitan jika dasar gaji progresif diwajibkan, memandangkan 97% perniagaan terdiri daripada perusahaan mikro, kecil dan sederhana.
“Saya perlu akui, pada awalnya terdapat sedikit kebimbangan dalam kalangan majikan kerana mereka bergelut dengan gaji minimum. Ia telah menaikkan kos,” katanya pada sidang media di Parlimen.
“Mereka bimbang satu lagi kenaikan gaji mandatori akan menghapuskan daya saing.”
Rafizi berkata, majikan terima baik pendekatan bersifat sukarela, selain insentif kerajaan dan komitmen pada meningkatkan kemahiran secara berstruktur bagi meningkatkan produktiviti.
“Kerajaan harus pastikan apa yang dirancang benar-benar memberi kesan…dan pastikan setiap ringgit yang kami peruntuk benar-benar perbaik pasaran buruh, struktur gaji, dan paling penting, bakat kita dalam ekonomi.”
Terdahulu, Rafizi membentangkan kertas putih membutirkan dasar gaji progresif dijangka dilaksanakan tahun depan, menyasarkan pekerja bergaji kurang RM5,000 sebulan.
Kertas putih itu selepas wakil rakyat dan pakar ekonomi mendapati dasar tersebut tidak dimasukkan dalam Belanjawan 2024.
Rafizi berkata, dasar gaji progresif dilihat sebagai penyelesaian kepada pelbagai isu, termasuk kakitangan meninggalkan syarikat untuk peluang lebih baik selepas mendapat latihan, dan perbezaan gaji ketara antara syarikat besar dengan perniagaan kecil.