
Sinar Harian melaporkan Mahkamah Majistret Parit mengeluarkan perintah reman ke atas dua individu dalam lingkungan 30-an itu sehingga Jumaat ini.
Suspek lelaki direman empat hari mulai semalam, manakala suspek wanita selama tiga hari mulai hari ini.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 33(a) Akta Kanak-kanak 2001 kerana membiarkan kanak-kanak tinggal tanpa pengawasan sewajarnya.
Mereka ditahan di dua lokasi berbeza pada Isnin dan Selasa lalu, selepas polis menerima laporan kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat pada 23 Nov memaklumkan empat beradik bawah umur ditinggalkan tanpa penjagaan dan pengawasan.
Hasil siasatan mendapati empat beradik terdiri daripada kanak-kanak lelaki 11 tahun, kanak-kanak perempuan 6 tahun bersama dua adik lelaki mereka 3 tahun dan 10 bulan ditinggalkan seorang lelaki dengan menaiki sebuah motosikal Modenas Kriss.
Turut ditinggalkan bersama mereka satu bungkusan plastik berisi susu dan lampin pakai buang.