
Exco Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri Lim Siew Khim berkata daripada jumlah itu sebanyak 188 permohonan diluluskan, 864 permohonan ditolak dan 16,061 permohonan sedang diproses.
“Daripada 188 permohonan yang diluluskan, difahamkan sebanyak 40 permohonan dari Indonesia, India (16), Filipina (lima) dan beberapa negara lain.
“Selain itu, syarat wajib kelayakan untuk warga asing memohon kewarganegaraan juga terbahagi kepada dua iaitu kewarganegaraan melalui pendaftaran dan kewarganegaraan melalui penaturalisasian,” katanya di DUN Pulau Pinang.
Beliau menjawab soalan Nor Zamri Latiff (PAS-Sungai Bakap) berkenaan bilangan permohonan kewarganegaraan dan bilangan permohonan yang telah diluluskan.
Sementara itu, beliau juga berkata bahawa sehingga Okt 2023, Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan sebanyak 10,381 keputusan permohonan kewarganegaraan yang angka tersebut adalah melepasi petunjuk prestasi utama (KPI).
“Jika pemohon tidak mempunyai dokumen-dokumen berkaitan, agak sukar proses permohonan pengesahan untuk dilakukan.
“Justeru penglibatan, kerjasama dan komitmen pelbagai agensi seperti polis, Jabatan Kebajikan Masyarakat, pejabat konsulat negara asing serta agensi-agensi yang terlibat diperlukan dalam memudahkan proses permohonan kewarganegaraan,” katanya lagi.