
Difahamkan kejadian dipercayai berlaku ketika kanak-kanak itu cuba membantu menghulurkan kunci kepada bapanya yang berada di luar rumah melalui laluan koridor tingkat tiga pangsapuri itu kerana pintu hadapan rumah mereka terkunci.
Komander Operasi Balai Bomba Ayer Keroh, Mohd Nor Mohd Sheh berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian kira-kira 1.10 tengah hari dan enam anggota bomba tiba di lokasi terbabit enam minit kemudian.
“Kunci itu tidak sempat diberikan (kepada bapanya) kerana mangsa telah tersepit. Bapa kanak-kanak itu cuba membantu dengan memecahkan tombol pintu, namun pintu itu tidak berjaya dibuka.
“Apabila tiba di rumah itu, pihak bomba terpaksa memecahkan pintu berkenaan dan mendapati kanak-kanak terbabit tersepit pada celah tingkap,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata pasukan bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan mangsa tanpa mengalami sebarang kecederaan.