Budak 18 bulan korban pertama bah Kelantan

Budak 18 bulan korban pertama bah Kelantan

Mangsa dipercayai tergelincir ke dalam sungai ketika bermain di belakang rumahnya.

Ketua Polis Kelantan Muhamad Zaki Harun berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Sains Malaysia untuk tindakan selanjutnya. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Seorang kanak-kanak lelaki 18 bulan menjadi korban pertama banjir Kelantan selepas ditemukan lemas di sungai dipercayai tergelincir ketika bermain di belakang rumahnya, di Kampung Kenari, Kota Bharu.

Ketua Polis Kelantan Muhamad Zaki Harun ketika mengesahkan kejadian itu, berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba negeri dalam kenyataan, memaklumkan mayat mangsa ditemukan pada 1.40 tengah hari oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) yang menjalankan operasi mencari di kawasan kanak-kanak itu dilaporkan terjatuh.

“Berdasarkan laporan, mangsa dikatakan bermain di belakang rumah sebelum tergelincir dan terjatuh ke dalam sungai.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh kakitangan Kementerian Kesihatan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” menurut laporan Bernama.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.