Hujan tahap bahaya dijangka di Kelantan, Terengganu hingga Isnin

Hujan tahap bahaya dijangka di Kelantan, Terengganu hingga Isnin

METMalaysia turut meramalkan hujan berterusan tahap buruk bagi tempoh sama di Hulu Perak, Gua Musang, Hulu Terengganu, Dungun, dan Kemaman.

Hujan lebat berterusan tahap bahaya dijangka melanda beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Hujan lebat berterusan tahap bahaya dijangka melanda beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu sehingga Isnin ini (27 Nov).

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan amaran bagi Kelantan membabitkan kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh, dan Kuala Krai.

Sementara di Terengganu melibatkan kawasan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, dan Marang.

METMalaysia turut meramalkan hujan berterusan tahap buruk bagi tempoh sama di Perak iaitu di Hulu Perak; Kelantan (Gua Musang); serta Terengganu (Hulu Terengganu, Dungun, dan Kemaman).

Amaran hujan berterusan tahap waspada pula dijangka di Perlis, Kedah, Pulau Pinang serta Perak membabitkan kawasan Kerian; Larut, Matang dan Selama; Kuala Kangsar; serta Manjung manakala Pahang di kawasan Jerantut dan Kuantan sehingga Isnin ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.