
Timbalan Menteri berkenaan Fuziah Salleh berkata ia sebagai persediaan jika berlakunya insiden bekalan keperluan asas seperti beras, gula, minyak masak, dan tepung terputus di kawasan dilanda bencana.
“Kita sudah mengeluarkan arahan kepada negeri-negeri yang selalu terlibat dengan banjir untuk memberi lesen khas (kepada pemborong) untuk menambah simpanan stok mereka.
“Kelantan sudah pun memulakan di mana mereka telah melantik lebih 100 pemborong… mereka menambah stok 30% supaya kalau terputus bekalan, mereka sudah ada simpanan stok tambahan di pemborong-pemborong yang dilantik KPDN,” katanya kepada pemberita selepas Simposium Kewangan Mampan 2023 di Parlimen.
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka berlaku di beberapa kawasan di Kelantan serta seluruh Terengganu sehingga Ahad ini (26 Nov).
Amaran hujan berterusan turut dikeluarkan bagi keseluruhan daerah di Perlis, Kedah, dan Pulau Pinang; manakala di Perak melibatkan beberapa kawasan seperti Kerian; Larut, Matang dan Selama; Hulu Perak; Kuala Kangsar dan Manjung bermula esok hingga Khamis.