
Setiausaha Agung Hamzah Zainudin berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat tergempar dipengerusikan Timbalan Presiden Ahmad Faizal Azumu.
Perjumpaan diadakan beberapa jam selepas Muhyiddin mengumumkan hasrat tidak mempertahankan jawatan presiden pada pemilihan Bersatu tahun depan dalam ucapan dasarnya pagi tadi.
Justeru, bekas perdana menteri itu mahu pemimpin kanan Bersatu bermusyawarah (berbincang) terlebih dahulu bagi memastikan tokoh berpengalaman luas dalam parti mempunyai tempat dan peranan dalam barisan kepimpinan baharu nanti.
“Mesyuarat sebulat suara menolak cadangan Muhyiddin untuk tidak mempertahankan jawatan pada pemilihan parti.
“Kepimpinan beliau masih diperlukan parti dan negara,” kata Hamzah dalam kenyataan.
Sementara itu, sumber berkata tiada ahli MPT mahu menawarkan diri menjadi presiden menggantikan Muhyiddin apabila ditanya dalam dalam mesyuarat tergempar itu.
“Semua secara konsensus menolak keputusan presiden itu,” katanya.