
“Saya terbuka dengan kritikan untuk kebaikan parti, malah kalau mereka yang tak puas hati tak muncul, saya tidak tahu mereka tak puas hati untuk saya perbaiki kekurangan.
“Bagi saya, nak buat bantahan tunjuk rasa tak puas hati, saya terbuka terima teguran dan kritikan…asalkan ia tidak melampau,” katanya selepas Konvensyen Bersekutu Bersatu di Pusat Konvensyen Ideal malam tadi.
Beliau berkata demikian susulan Konvensyen Bersekutu Bersatu kali pertama itu “dicemari” desakan terbuka terhadapnya untuk meletak jawatan di depan Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainudin dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Saifuddin Abdullah.
Ketika Chong hendak memulakan ucapan, beberapa perwakilan mengangkat beberapa keping kertas tertulis “Letak Jawatan Chong Fat Full, bertanggungjawab kekalahan semua calon sayap Bersekutu PRU15 dan PRN6 Ramai Hilang Deposit”.
Sementara itu, Ketua Penerangan Bersekutu Bersatu, R Sri Sanjeevan, tidak menolak kemungkinan kekecohan itu dilakukan “dalam kalangan bukan ahli”.
“Empat orang saja buat kecoh dan empat orang itu ahli kita atau bukan ahli tak tahu, dia angkat kertas (desak Chong letak jawatan) lepas itu tinggalkan konvensyen,” katanya sambil mendakwa individu terbabit mungkin diupah pihak luar.
“Kalau nak kata ada perpecahan dalam sayap Bersekutu, saya tidak nampak ada perpecahan dalaman. Kita baru berumur dua tahun, ini pertama kali kita buat konvensyen dan ia berjalan dengan baik.”