Kembar maut dalam perjalanan ke tempat kerja

Kembar maut dalam perjalanan ke tempat kerja

Motosikal dinaiki kembar lelaki berusia 18 tahun berlanggar dengan van lalu terbabas.

Polis berkata dua mangsa parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. (Gambar Polis)
PETALING JAYA:
Kembar lelaki maut dalam perjalanan ke tempat kerja selepas motosikal dinaiki berlanggar dengan van dalam kejadian di Jalan Rizab Derahman, Jeram, Kuala Selangor.

Nahas berlaku apabila motosikal mangsa cuba memotong van di hadapan, namun kenderaan itu membelok ke kanan menyebabkan motosikal hilang kawalan lalu terbabas, dalam kejadian 11.50 pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Kuala Selangor, Mohd Ambia Nordin, berkata ketika kejadian mangsa keluar dari rumah mereka di Jalan Bukit Kuching, Jeram ke Bandar Puncak Alam.

“Siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila mangsa cuba memotong van di hadapan, namun van membelok ke kanan menyebabkan motosikal mangsa melanggar bucu kanan kenderaan itu,” katanya menurut Harian Metro.

Ambia berkata, pelanggaran itu mengakibatkan motosikal hilang kawalan dan terbabas, serta mangsa jatuh.

“Mangsa parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi. Mayat dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.