Kutip cukai ekonomi bayangan antara fokus Dewan Rakyat hari ini

Kutip cukai ekonomi bayangan antara fokus Dewan Rakyat hari ini

Selepas sesi soal jawab, sidang Dewan Rakyat diteruskan dengan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2024 di peringkat jawatankuasa bagi kementerian berkaitan.

Sidang Dewan Rakyat kali ini berlangsung 32 hari mulai 9 Okt lalu hingga 30 Nov ini. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Langkah kerajaan mengutip cukai daripada ekonomi bayangan yang dianggarkan menyumbang sekitar 30% kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) antara perkara dijangka menjadi tumpuan sidang Dewan Rakyat hari ini.

Menurut aturan urusan mesyuarat di laman sesawang Parlimen, pertanyaan itu dikemukakan Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim (PN-Kuala Terengganu) kepada menteri kewangan pada sesi soal jawab.

Selain itu, Jimmy Puah (PH-Tebrau) meminta menteri kewangan menyatakan jumlah wang dilaburkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) di dalam serta luar negara.

Puah juga ingin tahu sama ada keseluruhan pelaburan itu selaras aspirasi kerajaan untuk menguatkan pasaran ekuiti negara.

Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) pula meminta menteri kesihatan menyatakan status pengoperasian, sasaran utama dan pencapaian terkini Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan sejak dilancarkan Oktober 2022.

Selepas sesi soal jawab, sidang Dewan Rakyat diteruskan dengan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2024 (Belanjawan 2024) di peringkat jawatankuasa bagi kementerian berkaitan.

Sidang Dewan Rakyat kali ini berlangsung 32 hari mulai 9 Okt lalu hingga 30 Nov ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.