
Exconya, Azhar Rahman, berkata pengganti Mohammad Agus Yusoff perlu dilantik dalam kalangan orang muda yang benar-benar mahir serta mempunyai idea segar untuk membawa pendekatan agenda kerajaan.
“Jawatan pengarah J-Kom tidak perlu kepada mereka yang popular atau daripada kalangan pempengaruh walaupun itu mungkin satu kelebihan, tetapi apa lebih penting adalah seorang yang ada iltizam dan mempunyai daya usaha tinggi dalam meletakkan J-Kom sebagai ejen penerangan kerajaan berkesan di peringkat komuniti dengan idea baharu lebih segar.
“Jawatan ini perlukan seseorang yang berkeupayaan untuk menggerakkan jentera di peringkat komuniti supaya program dan gerak kerja di bawah memberi impak,” katanya yang juga pengarah komunikasi Amanah Perak.

Azhar berkata, ketua yang kreatif dan energetik antara kriteria penting perlu diambil kira bagi memenuhi keperluan jawatan itu.
Agus sebelum ini mengesahkan menghantar surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada 15 Nov lalu kerana menerima tawaran kerja baharu, bukannya disebabkan tekanan mana-mana pihak supaya melepaskan jawatan disandang sejak 2 Feb lalu.
Beliau kini terpalit kontroversi berkait perbualan video lucah dengan Pembantu Pegawai Komuniti Daerah J-Kom Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani.