PAS lawan BN di Kemaman

PAS lawan BN di Kemaman

SPR menetapkan pengundian awal pada 28 Nov, manakala 2 Dis sebagai hari pengundian.

Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar mewakili PAS manakala BN mempertaruhkan bekas panglima tentera Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
PRK Parlimen Kemaman di Terengganu menyaksikan pertembungan dua penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) dan PAS.

Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar mewakili PAS manakala BN mempertaruhkan bekas panglima tentera Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Nama semua calon yang layak bertanding itu diumumkan pegawai pengurus pilihan raya Parlimen Kemaman Ahmad Farhan Abdul Wahab , selepas proses penamaan calon ditutup pada jam 10 pagi.

SPR menetapkan pengundian awal pada 28 Nov, manakala 2 Dis sebagai hari pengundian.

Kempen PRK itu ditetapkan selama 14 hari bermula hari ini hingga detik 11.59 malam, 1 Dis.

PRK Kemaman diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 Sept lepas yang membatalkan kemenangan calon PAS Che Alias Hamid pada PRU15.

Pada PRU15, Che Alias menang kerusi Parlimen Kemaman dengan majoriti 27,179 undi menewaskan Ketua Umno Terengganu Ahmad Said yang mendapat 38,535 undi, calon Pakatan Harapan Hasuni Sudin (8,340) dan calon Pejuang Rosli Ab Ghani (506).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.