
Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Mohammad Fahmi Ngah berkata Jais juga tidak menerima apa-apa arahan daripada Kementerian Pendidikan berkenaan larangan membaca qunut nazilah.
“Elakkanlah menimbulkan prasangka dan cubaan yang meresahkan dan memecahbelahkan. Sebaliknya, umat Islam dan bukan Islam perlu disatukan atas nama kemanusiaan dan ukhuwah insaniah bagi bantu rakyat Palestin khususnya Gaza dalam malapetaka akibat kekejaman rejim aparteid zionis Israel,” katanya, ketika menggulung Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan 2024 pada persidangan Dewan Undangan Negeri.
Fahmi berkata Jais juga mengeluarkan pekeliling rasmi menyeru semua masjid dan surau pelaksanaan solat hajat dan qunut nazilah pada rakaat akhir solat maghrib dan isyak pada 26 Okt lepas.
Di samping itu, beliau menyambut baik cadangan Pua Pei Ling (PH-Bukit Lanjan) yang menyarankan semua 56 Adun Selangor menyumbang sebanyak RM5,000 kepada tabung kemanusiaan Palestin yang dicadang diwujudkan bagi DUN itu untuk membantu mangsa konflik kemanusiaan di Gaza.
“Molek sumbangan itu disalurkan kepada tabung rasmi (bawah Jais) iaitu Tabung Infaq Jariah Umat Islam Selangor. Insya-Allah sampai ke Palestin,” katanya.