
Ahli Parlimen Seremban berkata, perkara itu juga sudah mendapat “lampu hijau” Kementerian Kewangan dan akan dimulakan seawal tahun depan.
“Kementerian Kewangan bersetuju apa sahaja inisiatif penjualan nombor pendaftaran istimewa ini, 50% daripada hasil akan dikembalikan kepada Kementerian Pengangkutan untuk melaksanakan pelbagai inisiatif rakyat.
“Akan ada inisiatif ini melalui JPJ e-bid, akan ada tender terhadap nombor pendaftaran istimewa. Ini salah satu cara menjana pendapatan,” katanya menjawab soalan Jimmy Puah (PH-Tebrau) ketika sesi penggulungan di Dewan Rakyat.
Loke berkata, antara inisiatif akan diguna daripada hasil penjualan nombor pendaftaran itu adalah pemberian lesen motosikal kelas B2 untuk rakyat kumpulan B40.
“Umpamanya menambah bilangan lesen untuk dapatkan lesen memandu B2. Ramai Ahli Parlimen minta di kawasan masing-masing supaya ditambah latihan.
“Itu diberi kepada B40, supaya dapat lesen secara percuma. Kita akan tambah tapi peruntukan itu hasil penjualan nombor pendaftaran ini…yang kita akan buat segera tahun depan,” katanya.