Waspada laman web palsu, TH beri amaran

Waspada laman web palsu, TH beri amaran

THiJARI boleh diakses menerusi https://www.thijari.com.my.

Tabung Haji menasihatkan pendeposit sentiasa peka dan tidak melayari laman web palsu www.thijari.ticketmysearch.com.
PETALING JAYA:
Tabung Haji (TH) menasihatkan pendeposit tidak terpedaya laman web palsu www.thijari.ticketmysearch.com bukan dikendalikannya.

Katanya, pendeposit perlu waspada dengan pelbagai taktik “scammer” dan hanya melayari laman web sah.

“THiJARI boleh diakses menerusi https://www.thijari.com.my. Kalau curiga, jangan percaya.

“Pendeposit dinasihat sentiasa peka dan berhati-hati dengan pautan mencurigakan,” katanya menurut Bernama.

Laman web THiJARI mula beroperasi pada 5 Feb 2020 dan merupakan platform dalam talian disediakan TH bagi memudahkan pendeposit melakukan pelbagai urusan, termasuk menyemak akaun, mencetak penyata akaun, pindahan wang dan perkhidmatan haji.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.