‘Kamu tanding dengan anak saya’, jawapan Dr M kenapa KJ tak disukai

‘Kamu tanding dengan anak saya’, jawapan Dr M kenapa KJ tak disukai

Dr Mahathir Mohamad merujuk pertembungan Khairy Jamaluddin dengan Mukhriz dalam saingan merebut jawatan Pemuda Umno pada 2009.

Dr Mahathir Mohamad, yang juga bekas presiden Umno secara terus terang memberi ‘alasannya’ tidak menyukai Khairy Jamaluddin.
PETALING JAYA:
“Kenapa Tun tak suka saya” itu antara soalan bersahaja diajukan bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin terhadap Dr Mahathir Mohamad dalam siri audio siar Keluar Sekejap.

Bekas perdana menteri kelihatan tergamam, namun tenang mengulasnya dengan menjawab “kerana kamu bertanding dengan anak saya” merujuk Mukhriz.

“Dan ‘your mother-in-law’ (ibu mentua) kempen untuk you,” kata Mahathir, merujuk kepada Jeanne Abdullah, isteri bekas perdana menteri, Abdullah Ahmad Badawi atau terkenal sebagai Pak Lah.

Bagaimanapun, jawapan itu menyebabkan Khairy terkejut dan tertawa kecil sambil berkata “Mana ada Tun”.

Mahathir kemudiannya berkata “orang ceritalah”, sambil meminta agar perkara itu tidak dibincangkan dengan lebih lanjut apabila Khairy menyangkal dakwaan melibatkan ibu mentuanya.

Mahathir tidak secara khusus merujuk kepada mana-mana pertandingan melibatkan Khairy dan Mukhriz.

Untuk rekod, pada pada Mac 2009, Khairy menewaskan Mukhriz dan bekas menteri besar Selangor Khir Toyo dalam pertarungan tiga penjuru untuk merebut jawatan ketua Pemuda Umno.

Apabila Khairy bertanya kenapa Mahathir mempercayai kata-kata orang lain, Mahathir berkata:

“Let’s not discuss that lah. That is my belief (Jangan bincang perkara ini lagi. Itu apa yang saya percaya),” katanya.

Mengimbas kembali tahun-tahun di mana Abdullah memegang jawatan sebagai perdana menteri, Khairy menyifatkan perbezaan pendapat antara kedua mereka melibatkan dasar kerajaan seperti projek jambatan bengkok Singapura-Malaysia dan penjualan syarikat motosikal milik Malaysia MV Agusta.

“Dalam membela Pak Lah, Tun pun tahu Pak Lah ada dementia dia pun tak ingat apa-apa..,” katanya.

Mahathir cuba menjelaskan mengapa beliau kecewa, bagaimanapun Khairy menamatkan perbualan mengenai isu itu dengan menyatakan “mereka bersetuju untuk tidak bersetuju dalam perkara tertentu” antara kedua-dua pemimpin berkenaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.